PENAJAAN

Penajaan [Sponsorship]

Program SKATE telah mendapat kelulusan yang sah dari pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan sebanyak RM1,000/orang dengan menggunakan peruntukan dari tabung UTM Global Outreach Programme 2011. 

Akan tetapi, kelulusan yang diberikan untuk menjayakan program tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

PENAJAAN PLATINUM


Yayasan Sultan Iskandar Johor (YSIJ) telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini adalah sebuah syarikat berhad bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").

Antara misi dan wawasan korporat YSIJ ialah untuk menjadi pemimpin dalam kerja-kerja sukarela. Manakala, objektif YSIJ pula ialah untuk mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi pelbagai tujuan. Antaranya ialah, kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.

Antara aspek-aspek kebajikan yang telah dilakukan oleh YSIJ ialah memberi biasiswa atau derma kepada pra-ijazah khususnya bagi anak-anak Johor yang belajar di UTM Skudai dan berkeluarga miskin. YSIJ juga turut memberikan derma kepada mesin dialisis bagi pusat-pusat dialisis di negeri Johor, serta pertubuhan anak-anak yatim yang memerlukan bantuan di negeri Johor. 

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari SINI.


PENAJAAN PERAK



Beliau ialah seorang yang berpengalaman dalam bidang koperasi dan seorang ketua pengarah di sebuah agensi kerajaan, Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Nama sebenar beliau ialah Idris bin Ismail dan menetap di Kajang, Selangor. 


Mendapat pendidikan awal di sekitar Ulu Yam, Selangor dan meneruskan pembelajaran sehingga ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anak kedua daripada enam adik beradik ini telah pun berumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata. Beliau sering terlibat dalam beberapa urusan rasmi Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari di SINI.





No comments:

Post a Comment